image202

Bahasa Melayu

Selamat datang ke Pusat Kesuburan SabahCare.

Pusat Kesuburan SabahCare ialah pusat pakar kesuburan yang dikhaskan untuk memenuhi impian keluarga anda mendapat zuriat. Kami membantu pasangan yang mengalami kesukaran mengandung dengan membekalkan anda dengan pengetahuan dan rawatan yang diperlukan.


Kami berusaha menyediakan perkhidmatan dan rawatan kesuburan yang terbaik untuk anda. Di samping itu, kami juga memberi sokongan dan nasihat dalam tabiat pemakanan dan gaya hidup anda, supaya impian anda menimang cahaya mata tercapai.


Perkhidmatan kami:

* Persenyawaan in vitro (IVF)

Persenyawaan in vitro merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim, iaitu in vitro. Embrio yang terhasil dari persenyawaan tersebut kemudiannya dipindahkan ke rahim pesakit. Embrio berlebihan yang berkualiti pula boleh dibekukan dan disimpan melalui proses kriopreservasi untuk digunakan pada masa akan datang.

* Inseminasi intrauterine (IUI)

Rawatan kesuburan ini ialah memindahkan sperma suami ke dalam rahim supaya kandungan dapat terhasil. IUI memberikan kelebihan kepada sperma-sperma yang aktif berenang ke tiub fallopian supaya persenyawaan boleh berlaku.

* Pemindahan sperma intracytoplasmic (ICSI)

Pemindahan sperma intracytoplasmic dijalankan sebagai langkah tambahan dalam proses IVF. Langkah ini melibatkan penyuntikan seekor sperma ke dalam sebiji sel telur, supaya berlakunya persenyawaan. Teknik ini kerap digunakan untuk mengatasi masalah kemandulan lelaki.


Siapakah Kami?

Dr Cheong Yee Tsing

Dr Cheong Yee Tsing adalah Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Pakar Kesuburan di SabahCare Specialist Clinic dan Pusat Kesuburan SabahCare, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Beliau berpengalaman lebih daripada 10 tahun sebagai pakar Obstetrik dan Ginekologi. Pada tahun 2009, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewartakan beliau sebagai Pakar Perubatan Reproduktif. Beliau juga telah bekerja di salah satu pusat IVF tersohor di Australia - Melbourne IVF/Royal Women’s Hospital semasa kursus Fellowshipnya.

Setelah kembali dari Australia, beliau adalah salah seorang pakar (bersama Dr. Mohamed Hatta Tarmizi), berjaya menubuhkan pusat IVF awam pertama di Sabah dan Malaysia Timur iaitu di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah. Pusat IVF ini merupakan salah satu daripada empat pusat IVF awam di Malaysia.

Pada tahun 2017 pula, Dr Cheong telah menubuhkan pusat IVF swasta di Pusat Kesuburan SabahCare. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam memberi perkhidmatan dan rawatan kesuburan kepada pasangan yang mengalami kesukaran mengandung; di samping itu, beliau juga telah merealisasikan impian ramai pasangan untuk menimang cahaya mata melalui rawatan persenyawaan in vitro (IVF) dan inseminasi intrauterine (IUI).

Selain daripada kerja klinikalnya, Dr Cheong kerap dijemput sebagai penceramah untuk pelbagai forum dan bengkel. Beliau telah membentangkan kerjanya di mesyuarat-mesyuarat perubatan dan persidangan tempatan dan antarabangsa. Beliau juga pernah menerima banyak anugerah termasuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada bulan September 2014, beliau telah dianugerahkan Fellowship oleh Royal College of Obstetricians and Gynaecologists di London, United Kingdom sebagai pengiktirafan sumbangannya dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi.

Pada Mac 2015, Dr Cheong telah dianugerahkan Anugerah Wanita Cemerlang (Kategori Profesional) oleh Persatuan Wanita Sabah semasa sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Pada tahun 2016, beliau dianugerahkan Anugerah Tshung Tsin Ren Spirit-anugerah yang diberikan kepada alumni Sekolah Menengah Tshung Tsin yang mempunyai pencapaian dan sumbangan cemerlang kepada masyarakat dalam bidang perubatan.


Perkhidmatan

Pusat kami menawarkan perkhidmatan dan rawatan seperti:

* Ujian kesuburan dan kaunseling

* Pemantauan kitaran haid

* Pemantauan ultrasound ovulasi dan induksi

* Inseminasi intrauterin (IUI)

* Persenyawaan in vitro (IVF)

* Pemindahan sperma intracytoplasmic (ICSI)

* Pertumbuhan embrio dan pemindahannya

* Kriopreservasi embrio, sel telur dan sperma

* Kaunseling pra-konsepsi

* Penjagaan antenatal

* Ginekologi am

* Pembedahan berkaian dengan kesuburan


Kemudahan

Kami berpusat di 2 tapak

Untuk Khidmat Nasihat

Klinik Perubatan Pakar (SabahCare Specialist Clinic), Block C, Unit 9, Lintas Jaya Uptownship, 88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Klinik Obgyn & Kesuburan (Dr Cheong)

No. Telefon: 0187780185, 088-729952, 088-722950 obgynsabahcare@gmail.com


Untuk Prosedur IVF

Pusat Kesuburan SabahCare, Lot 17, Block C, Kepayan Point, Jalan Pintas, 88200 Kota Kinabalu, Sabah


Waktu Operasi

Hari Isnin – Jumaat: 9AM – 5PM

Hari Sabtu: 9AM-11PM

Waktu rehat: 1PM – 2PM

Hari Ahad dan Cuti Umum: Klinik tutup


Soalan Am:

1. Apa itu Ketidaksuburan?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO), ia bermaksud gagal mengandung setelah 12 bulan melakukan berhubungan seks suami isteri (dan tidak mengambil kaedah merancang).

2. Adakah Ketidaksuburan in perkara biasa?

Ya. Malah kadar kesuburan negara kita dijangka menurun– iaitu 15.8 kelahiran bagi setiap 1000 orang, berbanding 16.1 pada tahun 2017.

3. Adakah Ketidaksuburan ini masalah wanita sahaja?

Tidak. Kedua-dua suami isteri boleh mengalami masalah ini.

4. Apakah faktor-faktor Ketidaksuburan bagi lelaki?

Ada banyak faktor-faktor. Ia termasuk masalah testikular (buah zakar), fungsi ejakulasi, gangguan hormon ataupun masalah genetik.

5. Apakah sebab-sebab Ketidaksuburan wanita?

Perkara-perkara yang menjejaskan fungsi ovari wanita, tiub fallopian dan rahim boleh menyumbang kepada masalah ini.

6. Bagaimanakah doktor boleh mengesan masalah kemandulan ini?

Beberapa ujian akan dilakukan doktor seperti pemeriksaan fizikal kedua-dua suami isteri, imbasan ultrasound, ujian darah dan sebagainya.

7. Bagaimana masalah ini boleh dirawat oleh doktor?

Berdasarkan daripada pemeriksaan, doktor boleh memberi ubat subur atau melakukan pembedahan. Rawatan juga merangkumi prosedur seperti inseminasi intrauterin (IUI), atau IVF/ICSI.